kursus penghasilan tempe...pada 4 julai 2013 di kolej komuniti masjid tanah 00:27


beberapa bulan yang lepas, aku telah menerima panggilan telefon daripada seorang mak cik dan mengadu untuk mengikuti kursus tempe.. beliau mengadu..dia da call semua kolej komuniti area melaka nie xder yang sanggup nak menjalankan kursus berkenaan.. so.. aku dengan terbuka hati dan minda pun memberi tahu mak cik berkenaan unuk menunggu n meminta beliau untuk mendaftar kursus berkenaan di www.epsh.my dimana aku akan mendaftarkan kursus berkenaan segera. sekiranya adanya baget dan bilangan peserta yang memohon dalam lingkungan 15-20 orang pihak kami akan menjalankan kursus berkenaan...setakat hari ini ada 27 nama yang memohon kursus berkenaan..


setelah 5 bulan kejadian berkenaan berlalu.. tidak lama lagi.. saya akan dapat melaksanakan kursus berkenaan.. syukur alhamdulillah.. semoga aku dapat menghasilkan usahawan tempe satu hari nanti berdasarkan kursus yang akan aku anjurkan pada 4 julai 2013 (khamis)... malangnya.. setakat seminggu meminta respond dari peserta.. cuma ada 5 sahaja yang bersetuju untuk hadir setakat ini.. nurul sudah mempromosikan kursus berkenaan kepada komuniti setempat hari nie.. dan nurul menunggu esok untuk menunggu keputusan komuniti setempat.. seandainya.. bilangan peserta tidak mencapai 20 orang.. terpaksalah aku menunda atau membatalkan kursus berkenaan.. sedih tul... aku da berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan kursus berkenaan.. ini merupakan kali ker 3 tarikh ditunda.. harapan nurul ada komuniti yang berminat dan akan meramaikan kursus berkenaan...

sambil-sambil menulis blog ini... nurul temui beberapa nama orang yang berjawatan dalam politik. dia akan bantu carikan peserta. ini kerana, bagi beliau komuniti beliau ramai yang berminat untuk mengikuti kursus berkenaan. ini mungkin bulan ramadhan akan datang tak lama lagi.. semoga tuan haji mukmin (ayer hitam) dan en Rapa'ai (air limau) akan mencarikan peserta tempe untuk meramai dan memeriahkan kursus berkenaan. terima kasih Ya Allah!!

hari usahawan 2013 kolej komuniti masjid tanah 02:11

assalammualaikum dan salam sejahtera..
syukur alhamdulillah.. Allah memberikan sedikit masa untuk ku hari ni untuk menulis di sini.. lama dah rehat.. nak menulis kembali.. time rehat nie... haahaaa..

minggu hadapan 23 dan 25 april 2013 akan diadakan satu program asas keusahawanan dan simulasi perniagaan 2013 dan buat kali pertamanya, aku telah terlibat sepenuhnya dalam program tersebut. aku sebagai pengarah program, setiausaha 1 dan penyelaras kursus pendek bagi kursus sketch-up dan kursus video editing. mmm..byk nyer kerja akukan.. tapi keseronokan bekerja yg terhasil dari idea kita menjadi ia begitu manis untuk dilaksanakan.

dibawah disenaraikan kursus-kursus yang dicadangkan. bagi yang berminat, dijemput hadir.


TARIKH/
MASA
9.00 PAGI –
4.30 PETANG
YURAN
TEMPAT / KELAS
KURSUS
(RM)
BAHAN
(RM)
25 April 2013
KURSUS MOTIVASI KEUSAHAWANAN
2.00
0
DEWAN KULIAH
KURSUS SKETCH-UP
5.00
0
MAKMAL AM
KURSUS PEMBUATAN COKLAT
5.00
20.00
BILIK MASAKAN
KURSUS LANDSKAP (TERRARIUM)
5.00
0
LOBI
GRAFIK ADOBE PHOTOSHOP (SUNTINGAN FOTO)
5.00
0
MAKMAL AUTOCAD
SOCKET EXTENSION & PENDAWAIAN LAMPU PENDAFLOUR
5.00
0
MAKMAL MEE
ANIMASI FLASH
5.00
0
MAKMAL APLIKASI 1
VIDEO EDITING
5.00
0
MAKMAL APLIKASI 2
KURSUS JAHITAN FELT
5.00
10.00
BILIK KULIAH
KURSUS ASAS SOLEKAN
3.00
0
MAKMAL MATEMATIK
JAHITAN TUDUNG ASAS
5.00
10.00
BILIK JAHITAN


nanti akan di update lagi bila program jalan.. bagi yang berminat boleh bagi nama yea..



semoga bahagia sepanjang zaman 19:12

sambil-sambil menikmati minum petang..gatal plak tangan ni mencari rahsia kebahagiaan rumah tangga.. memang semua orang menginginkan rumah tangga yang bahagia.. just nak share ngan semua member..semoga kurangnya kes penceraian dalam masyarakat kita..


Petua dan Amalan Supaya Isteri-Isteri Sentiasa DARA.

Sebagai lambang.
PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.



Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan .
Copy & Linkkan dalam blog anda jika mahu....untuk bacaan kaum wanita, ibu dan isteri tuan2 semoga ada manfaatnya.

Wahai Sang Hati.. 19:35

Wahai Sang Hati..
Duhai hati...
Mengapa perlu engkau bersedih?
Mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu?
Mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusanmu?
Mengapa engkau selalu mahu menyalahi takdir?
Mengapa engkau selalu sukar menerima hakikat realiti?
Mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang sedang berlaku?
Wahai sang hati...
Andai engkau mengetahui betapa hebat aturan-Nya,
Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yang melanda dirimu,
Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturan-Nya,
Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakan-Nya ke atasmu hamba yang lemah lagi hina.
Kadangkala kita terlalu inginkan sesuatu,
Tetapi Dia lebih mengetahui,
Kerana barangkali apa yang engkau suka itu tidak baik bagimu,
Dan barangkali sesuatu yang engkau tidak suka itu baik bagimu,
Hebatnya perancangan Rabbul Izzati.
Aduhai kalbu...
Nalurimu meraung-raung sekuat hati demi menggapai secebis keinginanmu,
Dan apabila kau berjaya untuk mendapatkannya,
Kau jadi lupa kepada yang memberikanmu nikmat itu,
Maka kau layari bahtera yang terumbang-ambing itu demi kepuasan dirimu,
Malangnya tiba suatu masa,
Engkau tersungkur di persada jalanan dek kerana terlalu ghairah mengejar duniawi,
Tatkala itu barulah engkau mula mengenal sang Pencipta.
Jatuh tersungkur itu bukan buat selama-lamanya,
Namun itulah api yang menyemarakkan nyalaan obor hatimu,
Itulah perisai diri yang mula untuk memagari dirimu,
Tatkala itu pasti engkau terkedu seketika,
Betapa pintu pengampunan-Nya masih terbuka luas buatmu.
Wanita solehah idaman semua...
Untuk merealisasikannya bukan satu perkara yang mudah,
Tetapi ia sama sekali tidaklah mustahil,
Ayuh kita menjadi seindah mawar berduri.
diambil daripada Artikel iluvislam.com

Tiang Kewangan – Simpanan 21:52


perkongsian ilmu dengan rakan-rakan yang berminat untuk meningkatkan ilmu perniagaan atau ingin menambah pengetahuan tentang cara menambah pendapatan anda... semoga boleh membantu sahabat sekelian. yea..


Baik, ini adalah permulaannya:

tiang kewanganIbarat sebuah rumah, tapaknya sudah didapati, bajetnya sudah dicapai, rekabentuknya juga sudah dilukis, kini masa untuk mulakannya. Ya, mari dirikan tiangnya dahulu. Apabila kuat dan besarnya tiang, maka tinggi dan kuatlah binaan rumah ini.

Ketepikan dulu hiasan dalaman, kemasan laman dan barangan lekapan. Fokus pada tiang serinya dahulu.
Tiang pada penguasaan kewangan ialah simpanan. Angkat tangan siapa yang ada akaun simpanan di bank tempatan? Mungkin 100% sidang pembaca budiman melakukannya. Bagus, boleh terus mulakannya.
Tapi, gaji saya cukup-cukup sahaja. Bagaimana mahu menyimpan?
Berhenti ‘membangau’. Sebab gaji kamu cukup-cukuplah kamu kena menyimpan. Jika tidak, bumbung rumah kamu tidak lama lagi akan runtuh menimpa hidung ketika sedang enak lena di malam hari.

Mengapa dan Berapa Perlu Disimpan?

berapa jumlah wang yang mahu disimpanMengapa Simpanan?
Kerana simpanan adalah asas perlindungan, asas pelaburan, asas percukaian, asas persaraan, asas perwarisan malah asas amal jariah. Ia adalah asas utama hal ehwal kewangan.
Ibarat tiang, kita binanya sekali sahaja, kerana apabila tiangnya sudah kuat, buatlah apa sahaja penambahan dan hiasan, rumah kamu tetap kukuh dan comel!
Berapa Mahu Simpan?
Jumlahnya anda tetapkan. Asasnya, mulakanlah dengan simpanan untuk tiga bulan perbelanjaan. Jika anda berhajat memulakan pelaburan berisiko kecil dan sederhana, simpanlah sehingga enam bulan perbelanjaan dahulu.
Jumlahkan perbelanjaan bulanan anda sekarang untuk mengetahui jumlah simpanan wajib yang anda perlukan. Teruskan simpanan itu walaupun sudah mencapai targetnya. Bayarlah zakat simpanannya.

Anda boleh merasakan sedikit kelegaan bila mempunyai simpanan. Sebaliknya anda akan dilanda banyak keresahan, apabila tidak mempunyai simpanan mencukupi walaupun anda berpendapatan tinggi
Bayangkan kamu mempunyai simpanan selama 84 bulan. Alangkah leganya rasa hati. Cuma ingat, tuan puan tidak akan kaya hanya dengan menyimpan.
Tetapi tuan puan pasti akan susah jika tidak menyimpan. Jadi simpanlah.

Bagaimana Mahu Mula Menyimpan?

Bahagikan simpanan tuan puan kepada dua jenis dana. Saya cadangkan setiap satunya adalah 10% dari pendapatan tuan puan. Maka jumlahnya ialah 20% semuanya. Buatkan dua akaun simpanan khas.
Salah satunya tuan puan namakan Dana Bebas Kewangan (10%), satu lagi namakannya Dana Hajat (10%).
Dana Bebas Kewangan adalah angsa emas tuan puan yang tidak boleh dibunuh dan tidak boleh dikeluarkan. Cadangannya, simpanlah di akaun simpanan bersifat pelaburan. Lebih besar perkongsian keuntungannya lebih baik.
volkswagen gti
Perhatikan dan pastikan kepatuhan syariahnya ya? Maka di situ tuan puan akan mendapat kelebihan tindihan keuntungan. Katakan simpanan asal kita RM1,000, keuntungan simpanan tahunan ialah 8%, simpanan itu (tambah untung) sudah menjadi RM1,080 pada tahun hadapannya.
Teruskan menyimpan setiap hari, bulan dan tahun. Tidak mustahil satu hari nanti simpanan dana ini mencecah sejuta RM, sekiranya kita bermula sekarang.

Dana Hajat pula adalah simpanan bagi menunaikan hajat. Sebagai contoh, hajat tuan membeli iPhone 4s atau hajat untuk membeli Volkswagen Polo Gti.
Apatah lagi hajat berumah tangga bagi kamu si bujang teruna dan dara. Jika 10% dirasakan kecil dan lambat, tambahkan lagi peruntukannya. Cuma bersedialah untuk mengurangkan perbelanjaan tuan puan.
Contohnya, untuk hajat belian iPhone4s, tuan perlu menyimpan selama 7 bulan jika tuan mempunyai pendapatan RM2,800. Sabarlah sedikit tuan, berbaloi-baloi. Apatah lagi sekiranya hajat itu adalah hajat menunaikan haji.
Super berbaloi.

Menyimpan Adalah Tabiat

Perkara yang kerap dibuat disebut tabiat. Tabiat pula ada tabiat baik dan tabiat buruk. Orang berjaya bukan tidak mempunyai tabiat buruk, cuma mereka fokus kepada tabiat mereka yang baik.

Menyimpan adalah tabiat baik, manakala tidak menyimpan ialah tabiat tidak baik. Terpulanglah pada tuan puan untuk memilih. Pilihan tuan menentukan impian mencapai kebebasan kewangan akan tercapai atau tidak.


Malah pilihan tuan puan akan turun sebagai warisan kepada keluarga. Bapak borek, anak rintik.
Jadi tuan puan, mulai sekarang :
    bapak korek, anak rintik
  1. Tulis amaun simpanan wajib.
  2. Tentukan dua akaun yang akan digunakan untuk kedua dana tersebut.
  3. Tentukan amaun 10% berkenaan bagi setiap dana.
  4. Simpan.
Jumpa lagi ya. ;)
Kuat sungguh muda belia,
Pimpin si tua melintas jalan,
Amalan menyimpan tabiat mulia,
Senanglah diri, disukai tuhan.

1 20:33

Ayra memandang jauh ke dasar lautan yang luas terbentang. Terpaku dan melayan perasaan sendirian.
"begitu banyak dugaan dan cabaran yang telah aku lalui.. akhirnya aku disini" Ayra berfikir sendirian.
Kelihatan senyuman kecil menguntum di kelopak bibir munggil Ayra Maisarah.

Mukadimah 19:50

Bismillahhirrahmanirrahim..

syukur, hasil daripada kursus internet marketing yang telah saya hadiri, saya telah berjaya membina blog sendiri. sememangnya dari sejak kecil, nurul memang sangat berminat dalam penulisan. cuma mungkin kerana nasib lebih kepada menjadi seorang  arkitek landskap wanita dan kini bergelar pensyarah dalam bidang senibina landskap di Kolej Komuniti.

Teringat masa kecil dulu, mencari tin milo atau tin apa saja yang boleh dijadikan bekas tanaman, pasti nurul akan tanam pokok cili. dari sebiji benih sehinggalah keluar buahnya. seronok sangat. mungkin kerana itu jugalah, apabila menerima tawaran menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam bidang senibina landskap saya menerimanya.. dengan harapan, saya masih mampu sentiasa berada disisi pokok-pokok yang serba kehijauan.

nurul memang ingin mencuba nasib dalam penulisan. insyaAllah dengan izinNya. Seandainya xberjaya pun, sekurang2nya nurul melakukan sesuatu yang paling nurul suka dan minat sejak dari kecil. seperti mana suamiku katakan apabila setiap kali membaca coretan ku.. dia terasa seolah-olah dia juga berada dalam cerita berkenaan. entahla.. benar atau tidak. tapi apa yang nurul rasakan.. apabila mencoret, kadang-kadang merasakan seolah segala masalah yang berligar dalam kepala ini hilang. semoga perkongsiaan ini akan memberi ceria kepada sesiapa sahaja yang membaca kisah ini. dan semoga ada kekuatan yang mampu nurul coretkan.

percayalah... hidup ini memerlukan pengorbanan.. jadi hiasi la hidup ini dengan kekuatan dan keimanan yang tiada hentinya.. selamat membaca sahabat-sahabat semua.

cinta dan kasih dariku
-Hasnurul hashim-