semoga bahagia sepanjang zaman 19:12

sambil-sambil menikmati minum petang..gatal plak tangan ni mencari rahsia kebahagiaan rumah tangga.. memang semua orang menginginkan rumah tangga yang bahagia.. just nak share ngan semua member..semoga kurangnya kes penceraian dalam masyarakat kita..


Petua dan Amalan Supaya Isteri-Isteri Sentiasa DARA.

Sebagai lambang.
PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.



Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan .
Copy & Linkkan dalam blog anda jika mahu....untuk bacaan kaum wanita, ibu dan isteri tuan2 semoga ada manfaatnya.

Wahai Sang Hati.. 19:35

Wahai Sang Hati..
Duhai hati...
Mengapa perlu engkau bersedih?
Mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu?
Mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusanmu?
Mengapa engkau selalu mahu menyalahi takdir?
Mengapa engkau selalu sukar menerima hakikat realiti?
Mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang sedang berlaku?
Wahai sang hati...
Andai engkau mengetahui betapa hebat aturan-Nya,
Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yang melanda dirimu,
Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturan-Nya,
Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakan-Nya ke atasmu hamba yang lemah lagi hina.
Kadangkala kita terlalu inginkan sesuatu,
Tetapi Dia lebih mengetahui,
Kerana barangkali apa yang engkau suka itu tidak baik bagimu,
Dan barangkali sesuatu yang engkau tidak suka itu baik bagimu,
Hebatnya perancangan Rabbul Izzati.
Aduhai kalbu...
Nalurimu meraung-raung sekuat hati demi menggapai secebis keinginanmu,
Dan apabila kau berjaya untuk mendapatkannya,
Kau jadi lupa kepada yang memberikanmu nikmat itu,
Maka kau layari bahtera yang terumbang-ambing itu demi kepuasan dirimu,
Malangnya tiba suatu masa,
Engkau tersungkur di persada jalanan dek kerana terlalu ghairah mengejar duniawi,
Tatkala itu barulah engkau mula mengenal sang Pencipta.
Jatuh tersungkur itu bukan buat selama-lamanya,
Namun itulah api yang menyemarakkan nyalaan obor hatimu,
Itulah perisai diri yang mula untuk memagari dirimu,
Tatkala itu pasti engkau terkedu seketika,
Betapa pintu pengampunan-Nya masih terbuka luas buatmu.
Wanita solehah idaman semua...
Untuk merealisasikannya bukan satu perkara yang mudah,
Tetapi ia sama sekali tidaklah mustahil,
Ayuh kita menjadi seindah mawar berduri.
diambil daripada Artikel iluvislam.com

Tiang Kewangan – Simpanan 21:52


perkongsian ilmu dengan rakan-rakan yang berminat untuk meningkatkan ilmu perniagaan atau ingin menambah pengetahuan tentang cara menambah pendapatan anda... semoga boleh membantu sahabat sekelian. yea..


Baik, ini adalah permulaannya:

tiang kewanganIbarat sebuah rumah, tapaknya sudah didapati, bajetnya sudah dicapai, rekabentuknya juga sudah dilukis, kini masa untuk mulakannya. Ya, mari dirikan tiangnya dahulu. Apabila kuat dan besarnya tiang, maka tinggi dan kuatlah binaan rumah ini.

Ketepikan dulu hiasan dalaman, kemasan laman dan barangan lekapan. Fokus pada tiang serinya dahulu.
Tiang pada penguasaan kewangan ialah simpanan. Angkat tangan siapa yang ada akaun simpanan di bank tempatan? Mungkin 100% sidang pembaca budiman melakukannya. Bagus, boleh terus mulakannya.
Tapi, gaji saya cukup-cukup sahaja. Bagaimana mahu menyimpan?
Berhenti ‘membangau’. Sebab gaji kamu cukup-cukuplah kamu kena menyimpan. Jika tidak, bumbung rumah kamu tidak lama lagi akan runtuh menimpa hidung ketika sedang enak lena di malam hari.

Mengapa dan Berapa Perlu Disimpan?

berapa jumlah wang yang mahu disimpanMengapa Simpanan?
Kerana simpanan adalah asas perlindungan, asas pelaburan, asas percukaian, asas persaraan, asas perwarisan malah asas amal jariah. Ia adalah asas utama hal ehwal kewangan.
Ibarat tiang, kita binanya sekali sahaja, kerana apabila tiangnya sudah kuat, buatlah apa sahaja penambahan dan hiasan, rumah kamu tetap kukuh dan comel!
Berapa Mahu Simpan?
Jumlahnya anda tetapkan. Asasnya, mulakanlah dengan simpanan untuk tiga bulan perbelanjaan. Jika anda berhajat memulakan pelaburan berisiko kecil dan sederhana, simpanlah sehingga enam bulan perbelanjaan dahulu.
Jumlahkan perbelanjaan bulanan anda sekarang untuk mengetahui jumlah simpanan wajib yang anda perlukan. Teruskan simpanan itu walaupun sudah mencapai targetnya. Bayarlah zakat simpanannya.

Anda boleh merasakan sedikit kelegaan bila mempunyai simpanan. Sebaliknya anda akan dilanda banyak keresahan, apabila tidak mempunyai simpanan mencukupi walaupun anda berpendapatan tinggi
Bayangkan kamu mempunyai simpanan selama 84 bulan. Alangkah leganya rasa hati. Cuma ingat, tuan puan tidak akan kaya hanya dengan menyimpan.
Tetapi tuan puan pasti akan susah jika tidak menyimpan. Jadi simpanlah.

Bagaimana Mahu Mula Menyimpan?

Bahagikan simpanan tuan puan kepada dua jenis dana. Saya cadangkan setiap satunya adalah 10% dari pendapatan tuan puan. Maka jumlahnya ialah 20% semuanya. Buatkan dua akaun simpanan khas.
Salah satunya tuan puan namakan Dana Bebas Kewangan (10%), satu lagi namakannya Dana Hajat (10%).
Dana Bebas Kewangan adalah angsa emas tuan puan yang tidak boleh dibunuh dan tidak boleh dikeluarkan. Cadangannya, simpanlah di akaun simpanan bersifat pelaburan. Lebih besar perkongsian keuntungannya lebih baik.
volkswagen gti
Perhatikan dan pastikan kepatuhan syariahnya ya? Maka di situ tuan puan akan mendapat kelebihan tindihan keuntungan. Katakan simpanan asal kita RM1,000, keuntungan simpanan tahunan ialah 8%, simpanan itu (tambah untung) sudah menjadi RM1,080 pada tahun hadapannya.
Teruskan menyimpan setiap hari, bulan dan tahun. Tidak mustahil satu hari nanti simpanan dana ini mencecah sejuta RM, sekiranya kita bermula sekarang.

Dana Hajat pula adalah simpanan bagi menunaikan hajat. Sebagai contoh, hajat tuan membeli iPhone 4s atau hajat untuk membeli Volkswagen Polo Gti.
Apatah lagi hajat berumah tangga bagi kamu si bujang teruna dan dara. Jika 10% dirasakan kecil dan lambat, tambahkan lagi peruntukannya. Cuma bersedialah untuk mengurangkan perbelanjaan tuan puan.
Contohnya, untuk hajat belian iPhone4s, tuan perlu menyimpan selama 7 bulan jika tuan mempunyai pendapatan RM2,800. Sabarlah sedikit tuan, berbaloi-baloi. Apatah lagi sekiranya hajat itu adalah hajat menunaikan haji.
Super berbaloi.

Menyimpan Adalah Tabiat

Perkara yang kerap dibuat disebut tabiat. Tabiat pula ada tabiat baik dan tabiat buruk. Orang berjaya bukan tidak mempunyai tabiat buruk, cuma mereka fokus kepada tabiat mereka yang baik.

Menyimpan adalah tabiat baik, manakala tidak menyimpan ialah tabiat tidak baik. Terpulanglah pada tuan puan untuk memilih. Pilihan tuan menentukan impian mencapai kebebasan kewangan akan tercapai atau tidak.


Malah pilihan tuan puan akan turun sebagai warisan kepada keluarga. Bapak borek, anak rintik.
Jadi tuan puan, mulai sekarang :
    bapak korek, anak rintik
  1. Tulis amaun simpanan wajib.
  2. Tentukan dua akaun yang akan digunakan untuk kedua dana tersebut.
  3. Tentukan amaun 10% berkenaan bagi setiap dana.
  4. Simpan.
Jumpa lagi ya. ;)
Kuat sungguh muda belia,
Pimpin si tua melintas jalan,
Amalan menyimpan tabiat mulia,
Senanglah diri, disukai tuhan.

1 20:33

Ayra memandang jauh ke dasar lautan yang luas terbentang. Terpaku dan melayan perasaan sendirian.
"begitu banyak dugaan dan cabaran yang telah aku lalui.. akhirnya aku disini" Ayra berfikir sendirian.
Kelihatan senyuman kecil menguntum di kelopak bibir munggil Ayra Maisarah.

Mukadimah 19:50

Bismillahhirrahmanirrahim..

syukur, hasil daripada kursus internet marketing yang telah saya hadiri, saya telah berjaya membina blog sendiri. sememangnya dari sejak kecil, nurul memang sangat berminat dalam penulisan. cuma mungkin kerana nasib lebih kepada menjadi seorang  arkitek landskap wanita dan kini bergelar pensyarah dalam bidang senibina landskap di Kolej Komuniti.

Teringat masa kecil dulu, mencari tin milo atau tin apa saja yang boleh dijadikan bekas tanaman, pasti nurul akan tanam pokok cili. dari sebiji benih sehinggalah keluar buahnya. seronok sangat. mungkin kerana itu jugalah, apabila menerima tawaran menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam bidang senibina landskap saya menerimanya.. dengan harapan, saya masih mampu sentiasa berada disisi pokok-pokok yang serba kehijauan.

nurul memang ingin mencuba nasib dalam penulisan. insyaAllah dengan izinNya. Seandainya xberjaya pun, sekurang2nya nurul melakukan sesuatu yang paling nurul suka dan minat sejak dari kecil. seperti mana suamiku katakan apabila setiap kali membaca coretan ku.. dia terasa seolah-olah dia juga berada dalam cerita berkenaan. entahla.. benar atau tidak. tapi apa yang nurul rasakan.. apabila mencoret, kadang-kadang merasakan seolah segala masalah yang berligar dalam kepala ini hilang. semoga perkongsiaan ini akan memberi ceria kepada sesiapa sahaja yang membaca kisah ini. dan semoga ada kekuatan yang mampu nurul coretkan.

percayalah... hidup ini memerlukan pengorbanan.. jadi hiasi la hidup ini dengan kekuatan dan keimanan yang tiada hentinya.. selamat membaca sahabat-sahabat semua.

cinta dan kasih dariku
-Hasnurul hashim-

Rimbunan Kasih Ibu Membawa Ke Syurga 19:59


"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan". Surah Maryam: 23.

Kumbang
Ibu menyusukannya pula dengan penuh kasih sayang, membesarkan, mendodoikan dan menjaga anak-anak dengan sepenuh jiwa raga.
Keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya. Tidak pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini.

Darjat ibu sangat tinggi. ALLAH subhanahu wata'ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa. Antaranya:

"Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu." - Surah an-Nisa: 36.

Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa." - Surah an-An'am: 151.

Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN.

Taat ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa. Iaitu, ia perkara yang paling penting selepas taat kepada ALLAH.

"SIAPA yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini?" Seorang pernah bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.
"Ibu kamu," jawab Nabi.
"Dan siapa lagi?"
 "Ibu kamu," Nabi mengulangi.
"Selepas itu siapa?" orang itu bertanya lagi.
"Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga.
"Dan selepas itu?"
"Selepas itu ayah kamu." Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Di dalam berapa surah Al-Quran adalah ditekankan mengenai dengan keperluan tuntutan anak kepada ibubapa tetapi penekanan adalah kepada ibu:

"... Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan..." (Surah Luqman, ayat 14), "... Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah..." (Surah Al-Ahqaf, ayat 15).

Di dalam Al-Quran, seorang anak yang salleh yang tidak mempunyai bapa tetapi hanyalah seorang ibu ialah Nabi Isa AlaihiSalam. Siapa yang telah dikatakan sebagai taat kepada ibunya dan tidak menjadikannya sebagai seorang yang sombong takabbur ataupun celaka..." (Surah Maryam, Ayat 32).

selamat hari ibu utk semua ibu-ibu seluruh dunia. Khas nurul tujukan untuk mak tersayang Zainap bt Jusoh. Semoga sentiasa sihat dan ceria hendaknya. Terima kasih mak kerana sabar dengan anak-anak mu.

- Artikel iluvislam.com

19:49

assalammualaikum dan salam sejahtera..

alhamdulillah dan syukur kerana telah berjaya melaksanakan tugasan untuk kursus internet marketing. telah berjaya present.. tapi sekarang bila tengok kawan2 present.. rupanya banyak lagi yang boleh ditambahbaik dalam setiap website.. mmmm.. masa untuk bertanya kawan2 sekursus.. ok.. nanti kita sambung sembang lagi k..

-hasnurul hashim-

FB for internet marketing courses..6-11 mei 2012 00:40

just want to share my page yang dibina khas untuk mengadvertise my product in 3 internet way of promoting my products... n link it together.. mmmm.. menemui pelbagai jenis kaedah untuk mempromosikan web site kita untuk mendapatkan customer ... banyak lagi yang perlu dipelajari.. bukan semua yang dipelajari sepanjang seminggu ni dapat digunakan utk advertise produk.. tapi ia adalah pembukaan satu jalan untuk menjaadi lebih terbuka tentang betapa banyak internet marketing tools yang boleh di explore oleh setiap individu.. but.. utk sharing dengan semua yang membaca my blog nie.. saya percaya.. untuk menjadi seorang jutawan internet.. a lots of thing they have been go through bagi memastikan impian mereka tercapai.. so, if any yang membaca nie berminat n haved been plan to do a bussiness dont hasitete to learn and asking to be a better bussinesswomen/man.. har har...

http://www.facebook.com/#!/pages/Nurul-mall/357643670963615 ...

sesungguhnya aku percaya.. tiada yang mustahil seandainya kita percaya...

SELAMAT BERJAYA UNTUK SEMUA...
Assalammualaikum..

-Hasnurul Hashim-

bismillahhirrahmanirrahim..10 mei 2012 18:05

assalammualaikum dan salam sejahtera..
semoga hari ini bermula dengan keceriaan dan kemanisan yang takkan ada hentinya.. mmmm... semalaman tidak dapat tidur..entah bila jadi penakut... bila room mate kak ros hana dari kolej komuniti temerloh pulang menemui anak2 yang dirindui.. mmm..hope kandungan ni xterikut2 ngan perangai nurul yang sedikit penakut.. huhuuuu... semoga anak ibu berani dan kuat.. macam walid yang sentiasa tabah dalam mengharungi kehidupan ini...

hari ini, hari yang ke 4 menghadiri kursus internet marketing.. belajar membina website dari miiduu.com, membina blog yang sebelum ini pernah bina tapi terhenti di tengah jalan dan membina satu lagi akaun facebook dengan tujuan membuat marketing... mmmm... alhamdulillah.. dapat dilaksanakan dengan baik.... walaupun begitu, masih banyak perkara yang perlu di explore dalam internet ni... harap nurul takkan pernah berhenti menjelajahi dunia internet.. insyaallah.

rindu anak2  ibu.. muhammad aiman safuan dan muhammad akmal hafiz.. tak sabar nak tunggu esok.. mesti anak2 ibu pun rindukan ibu kan?? heheheeee.....  yea.. hari ni da hari khamis.. esok hari jumaat... hiiii..

9 mei 2012 2.00 pm 00:13

ptg nie..belajar pasal google ad sense plak.. mmmm.. nak kena cari dekat google aper tu ad sense.. huhuuuu... jom explore.. bila lagi kan nak explore mcm nie...heheeee...

9 mei 2012 18:57

hari ni kelas bermula tentang apa itu google adwords.. mmmm...menggunakan google adwords utk marketing any product kepada google audience... but still need to understand what prof omar musa brief..tunggu dan lihat what can i understand from his lecture...huuhiiiihuuhiiii..

Produk terkini 2012 22:10

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
kepada semua jelitawan seluruh dunia...Nurul Mall ada menyediakan produk-produk terkini untuk semua jelitawan yang mengimpikan untuk sentiasa dalam suasana berhari raya sepanjang masa. kami menyediakan produk-produk berkilauan untuk jelitawan miliki.

layari : http://hasnurul7701.miiduu.com/




Anda pasti berpuas hati!!

7 Mei 2012 19:30

assalammualaikum,
hari ini nurul berada di May Tower Hotel @ Silka Hotel, menghadiri kursus Internet Marketing. dan disebabkan kursus ini nurul membina blog ini. so, diharap kita dapat bersama-sama belajar dalam internet marketing yang insyaallah nurul akan belajar sepanjang seminggu berada di sini.

terima kasih.
hasnurul nazimah binti hashim