Mukadimah 19:50

Bismillahhirrahmanirrahim..

syukur, hasil daripada kursus internet marketing yang telah saya hadiri, saya telah berjaya membina blog sendiri. sememangnya dari sejak kecil, nurul memang sangat berminat dalam penulisan. cuma mungkin kerana nasib lebih kepada menjadi seorang  arkitek landskap wanita dan kini bergelar pensyarah dalam bidang senibina landskap di Kolej Komuniti.

Teringat masa kecil dulu, mencari tin milo atau tin apa saja yang boleh dijadikan bekas tanaman, pasti nurul akan tanam pokok cili. dari sebiji benih sehinggalah keluar buahnya. seronok sangat. mungkin kerana itu jugalah, apabila menerima tawaran menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam bidang senibina landskap saya menerimanya.. dengan harapan, saya masih mampu sentiasa berada disisi pokok-pokok yang serba kehijauan.

nurul memang ingin mencuba nasib dalam penulisan. insyaAllah dengan izinNya. Seandainya xberjaya pun, sekurang2nya nurul melakukan sesuatu yang paling nurul suka dan minat sejak dari kecil. seperti mana suamiku katakan apabila setiap kali membaca coretan ku.. dia terasa seolah-olah dia juga berada dalam cerita berkenaan. entahla.. benar atau tidak. tapi apa yang nurul rasakan.. apabila mencoret, kadang-kadang merasakan seolah segala masalah yang berligar dalam kepala ini hilang. semoga perkongsiaan ini akan memberi ceria kepada sesiapa sahaja yang membaca kisah ini. dan semoga ada kekuatan yang mampu nurul coretkan.

percayalah... hidup ini memerlukan pengorbanan.. jadi hiasi la hidup ini dengan kekuatan dan keimanan yang tiada hentinya.. selamat membaca sahabat-sahabat semua.

cinta dan kasih dariku
-Hasnurul hashim-

0 comments:

Post a Comment