
I like blogs coz:Categories
my favourite blogLabels
Powered by Blogger.
Pages - MenuAbout MeBlogrollAboutBlogger news |

| Rimbunan Kasih Ibu Membawa Ke Syurga | 19:59 |
|
Filed under:
|
|
Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti mempunyai ibu. Ibu adalah
insan yang mengandungkannya dan melahirkan serta membesarkan kita
menjadi insan sempurna.
"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada
pangkal pohon kurma, ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati
sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi
dilupakan". Surah Maryam: 23.
Keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya. Tidak pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini.
Darjat ibu sangat tinggi. ALLAH subhanahu wata'ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa. Antaranya:
"Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan
sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu." -
Surah an-Nisa: 36.
Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa." - Surah an-An'am: 151.
Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN.
Taat ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa. Iaitu, ia perkara yang paling penting selepas taat kepada ALLAH.
"SIAPA yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini?" Seorang pernah bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.
"Ibu kamu," jawab Nabi.
"Dan siapa lagi?"
"Ibu kamu," Nabi mengulangi.
"Selepas itu siapa?" orang itu bertanya lagi.
"Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga.
"Dan selepas itu?"
"Selepas itu ayah kamu." Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
"... Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapanya.
Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan..." (Surah Luqman, ayat 14), "... Dan Kami wajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya
dengan menanggung susah payah..." (Surah Al-Ahqaf, ayat 15).
Di dalam Al-Quran, seorang anak yang salleh yang tidak mempunyai
bapa tetapi hanyalah seorang ibu ialah Nabi Isa AlaihiSalam. Siapa yang
telah dikatakan sebagai taat kepada ibunya dan tidak menjadikannya
sebagai seorang yang sombong takabbur ataupun celaka..." (Surah Maryam,
Ayat 32).
selamat hari ibu utk semua ibu-ibu seluruh dunia. Khas nurul tujukan untuk mak tersayang Zainap bt Jusoh. Semoga sentiasa sihat dan ceria hendaknya. Terima kasih mak kerana sabar dengan anak-anak mu.
- Artikel iluvislam.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment